Isu Pembukaan UiTM Kepada Semua Kaum

Saya akan menjawab berkenaan dengan isu UiTM di buka untuk semua kaum berdasarkan beberapa aspek yang timbul. 

Yang pertama, pendapat peribadi saya adalah tidak bersetuju untuk UiTM di buka untuk semua kaum buat masa ini. Mugkin selepas 2 atau 3 pilihan raya dari sekarang bolehlah membawa kembali usul untuk membuka program pasca siswazah untuk semua kaum.  Selepas itu jika saya masih ada lagi di waktu itu, mungkin saya sendiri boleh buat perancangan untuk program undergraduate dalam masa 10 atau 20 tahun lagi In Shaa Allah. 

Keputusan tentang UiTM sepatutnya ditangan rakyat khususnya orang Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak dan bukan orang politik. Walaupun orang politik membuat keputusan berdasarkan apa yang difikirkan adalah kehendak rakyat, ada kalanya ia bukanlah keputusan terbaik untuk jangka masa panjang. Ada kalanya keputusan adalah berdasarkan apa yang di fikir popular dan tidak melihat kepada ‘long-term consequence’. 

Pada pendapat saya, majoriti orang Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak tidak akan  bersetuju untuk Uitm di buka kepada semua kaum. Mungkin hanya sedikit dari golongan Melayu dan bumiputara yang bersetuju. Golongan minoriti ini sangat kecil. DARI 800,000 Alumni GRADUAN Uitm, majoriti tidak akan bersetuju. 

Sekali lagi UiTM menjadi topik perdebatan di mana terdapat pihak-pihak yang menuntut dan mendesak agar UiTM buka kemasukan kepada semua kaum. Yang hendak Uitm di buka kepada semua kaum ini adalah siapa sebenarnya? Mereka adalah ahli-ahli politik. Politik negara adalah mengikut perpecahan kaum yang ada. Ahli-ahli politik dibawah parti dan kaum tertentu akan terus bersuara untuk Uitm dibuka kepada semua kaum. Setiap kali isu ini diketengahkan sebegini, ia hanya menimbulkan perpecahan di kalangan rakyat Malaysia. Orang politik dari golongan Melayu akan swing mengikut lebih suara. 

Sebenarnya isu masalah harmoni kaum tidak ada di Malaysia. Lihatlah negara kita aman dan tenteram. Semuanya baik dan tolenrasi tinggi di antara kaum. Tidak kelihatan masalah dikalangan rakyat. Yang mengetengahkan topik-topik perbincangan yang menjadi pencetus masalah perkauman ini adalah orang politik. Yang bawa perpecahan dikalangan pelbagai bangsa di negara kita puncanya dari orang politik dan kuda tunggangan orang politik, bukan rakyat biasa. 

Saya berpendapat tidak lah bertambah harmoni di negara kita jika UiTM dibuka kepada semua kaum. Banyak negara di Asia menjadi kucar kacir kerana isu agama, bangsa, dan warna kulit berbeza yang sengaja di timbulkan atau dipermaikan oleh orang politik untuk meraih undi dan sokongan ataupun kerana sesuatu agenda yang tidak baik. 

Kalau orang politik diam dalam isu-isu yang boleh menyebabkan perpecahan kaum, tidak akan ada masalah dikalangan rakyat. Yang mengapi-apikan keadaan dalam negara ada kalanya adalah orang politik. Orang Melayu dan bumiputera adalah bangsa yang sangat sabar, penuh tolenrasi dan sangat baik budi pekerti. Sebab itu negara kita sangat harmoni. Begitu juga orang Cina dan India di Malaysia yang sangat baik. Kita semua hidup dalam aman. Bila timbul isu yang membangkitkan kemarahan dan memecah-belah kaum, akan timbul perdebatan atau percanggahan pendapat yang tidak berkesudahan dan kemudian menjejaskan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Berkenaan  dengan  isu persaingan kononnya pelajar-pelajar Melayu bumiputera akan lebih terbuka fikiran dan berdaya saing jika Uitm dibuka kepada semua kaum adalah tidak benar. Lihat negara Jepun dan German di mana 99% dari pelajar Univeristi di perigkat UG adalah bangsa masing-masing. Tidak ada masalah pun. Ramai pelajar UiTM yang berjaya, meyumbang bakti dan menjadi kebanggaan negara. 

Masalah sebenar akan berlaku selepas UiTM di buka kepada semua kaum. Orang Melayu bumiputera akan tidak puas hati dan harmoni diantara kaum akan terjejas. Kita sepatutnya fikir panjang dan melihat apa kemungkinan akan berlaku dengan keputusan yang akan dibuat oleh orang politik untuk rakyat. 

Ahli politik seharusnya bijak berpolitik, kurangkan politiking dan mempolitikkan isu. Saya tidak menuduh semua ahli politik tetapi segelintir yang membawa kesan negatif. Sepatutnya politik digunakan sebagai landasan untuk menyatukan masyarakat dan kepentingan rakyat. Ada kalanya parti politik berlainan perlu bersama-sama kata sepakat dalam sesuatu isu seperti Uitm ini demi kepentingan masa depan negara. Di samping ahli politik bermatlamatkan kuasa, perlu utamakan kepentingan rakyat. Ingat, saya tidak kata semua ahli politik tidak baik. Ramai yang ikhlas memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara. Masing-masing tahu siapa yang berniat baik dan siapa yang mempunyai motif tertentu.

Berkenaan dengan isu pembukaan UiTM ini kepada semua kaum, perlulah kita fikir sebaik-baiknya tentang masa depan orang Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak yang masih memerlukan UiTM dan khidmat UiTM sepenuhnya. Dan juga tentang komplikasi yang mungkin berlaku jika UiTM di buka kepada semua kaum kemudian.

Comments

  1. Salam prof .saya setuju ngn pndpt prof..sbg alumni uitm..saya sama sekali membantah ia dibuka utk kaum selain bumiputra . Alasan supaya bangsa bumiputra lebih maju n berfikiran trbuka adalah alasan paling tidak kukuh .selama 11 tahun saya bekerja ...jujur majoriti sy tgk graduan uitm ..antara yg trbaik dibidang pekerjaan...ini mgkin sbnrnye menimbulkan ketidakpuasan hati sesetengah pihak...dan sy juga setuju dgn poin prof mengenai ahli politik yg tidak bertanggungjawab menagguk di air keruh mngenai isu uitm

    ReplyDelete
    Replies
    1. The real point is uitm is funded by the tax payers money! So how do you justify making uitm exclusive to bumiputras when the funding comes from contribution from all races in the country? If you are A true Muslim you will realise your folly.

      Delete
    2. Then, do not pay the tax & find another countries.
      This is about malay privilage & do not spoil the issue with your MONEY.
      With MONEY, you can have it all?

      Delete
    3. Sejak dari sebelum pru lagi. Sikit2 tax payer. Sikit2 tax payer.

      Ko ingat ko sorang je bayar cukai. Ko ingat bangsa ko sorang je bayar cukai.

      Subsidi kerajaan berapa sangat. Selebihnya hasil pelaburan MARA yg disalurkan ke uitm. Sebab tu yuran uitm lebih murah dari universiti lain. Bangsa ko ke yg tolong dapatkan yuran murah tu? Keringat bangsa ko ker?

      Banyak lagi ipta & ipts lain. Even mara juga buka quota non bumi melanjutkan pengajian ke politeknik, politech & mrsm. Tak cukup lagi ke?

      Helloooooo... hutang yang makin bertambah tu, bayar pakai duit sape?
      Subsidi minyak tu bayar pakai duit sape?

      Ni sektor pendidikan je. Bukan realiti. Realitinya tuhhh... alam pekerjaan. Bersepah jawatan kosong "chinese only". Ada ke ktorg ni busuk hati. Setakat promoter baju kat sg wang pun nak chinese only!

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Assalam prof. Sy sbg alumni UiTM xbersetuju dgn cadangan membuka pengambilan pelajar kpd semua kaum.

    Bersesuaian dgn semangat kontrak sosial yg telah dipersetujui sejak sekian lama dan prinsip timbal balas didalam menerima kerakyatan bangsa cina dan india suatu masa dahulu.

    Adil bukan bermaksud semua hak disamaratakan.. Tetapi adil bermaksud meletak sesuatu itu pada tempat yg sesuai dgn keperluan dll..

    Demi Agama, Bangsa dan Negara!

    ReplyDelete
    Replies
    1. There is no social contract what so ever with respect to sing up institutions exclusively for one race. If there is I dare you to publish it.

      Delete
    2. Well, this is 'Malay & Bumiputera privilage'.
      No need to write up everything since you will spoil everything. Ungrateful ppl.

      Oh, supposedly we should not accept those who were not originated from Tanah Melayu 62 years ago. Surely no one will argue like this keyboard warrior today.

      Delete
  4. Politikus yg suka mengapi-api perkauman amat kita kenal dan beliau serta gengnya cuma
    akan tak puas hati dengan perlembagaan, institusi raja2 melayu, status
    bumiputra , agama rasmi negara dan semua yg ada dalam kontrak sosial. Sepatutnya
    mereka yg tak setuju dengan perkara2 ini patutlah dilucutkan kewarganegaraan sebagai
    tauladan untuk yang lain2 supaya tidak menjadi hang jebat bukan melayu di negara ini.

    ReplyDelete
  5. Membantah sekerasnya cadangan membuka uitm kpd kaum lain. Ahli politik dan org melayu yg tak sedar diri yg menyokong cadangan banggang ini patut di halau dr negara ini. Berambus!!!!

    ReplyDelete
  6. Malaysia negara Melayu. Full stop. Bangsa lain nak tinggal dibumi Malaysia, silakan. Ikut peraturan dan perlembangan negara.

    ReplyDelete
  7. Kesiann hahahaha...islam malaysia betul2 racist..not at all..mybe 90%

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bkn pasal racist.... Ini soal hak... Kalau tak palastin tak yah bperang ngan israel...

      Delete
  8. Wei malaysianobserver.. Takde sape paksa ko baya tax kat sini.. Sila bayar tax kat tpt lain dan ko buatla universiti ko sendiri.. Ko ingat duit 12 juta yg lge bg kat kolej n sek swasta tu duit tax ko sorNg ke???? Aku oun baya rax setiap thn!!!

    ReplyDelete
  9. Nak bukak UiTM nih kat semua senang jer...hapuskan dlu sek2 jenis kebangsaan nih...sekolah kebangsaan yg free tu pon korg xnak masuk...sibuk nak soh bukak uitm

    ReplyDelete
  10. Ini lah contoh penulisan seorang professor kangkung yang membicarakan hal UiTM tanpa pengupasan undang-undang mengenai status UiTM di bawah Perlembagaan.

    ReplyDelete
  11. https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/146437

    ReplyDelete
  12. Uitm ditubuhkan khusus untuk orang melayu dan bumiputera dan termasuk didalam hak hak istimewa orang melayu.. tiada sbb untuk dibuka kepada kaum lain.. kecuali hak mereka untuk belajar di semua IPTA atau di IPTS telah pupus.. isu ini tidak sepatutnya timbul pun.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ramai Graduan Kejuruteraan Akan Menganggur

BIASISWA KHALIFA UNIVERSITY ABU DHABI