Posts

Showing posts from January, 2019

Isu Pembukaan UiTM Kepada Semua Kaum

Saya akan menjawab berkenaan dengan isu UiTM di buka untuk semua kaum berdasarkan beberapa aspek yang timbul.  Yang pertama, pendapat peribadi saya adalah tidak bersetuju untuk UiTM di buka untuk semua kaum buat masa ini. Mugkin selepas 2 atau 3 pilihan raya dari sekarang bolehlah membawa kembali usul untuk membuka program pasca siswazah untuk semua kaum.  Selepas itu jika saya masih ada lagi di waktu itu, mungkin saya sendiri boleh buat perancangan untuk program undergraduate dalam masa 10 atau 20 tahun lagi In Shaa Allah.  Keputusan tentang UiTM sepatutnya ditangan rakyat khususnya orang Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak dan bukan orang politik. Walaupun orang politik membuat keputusan berdasarkan apa yang difikirkan adalah kehendak rakyat, ada kalanya ia bukanlah keputusan terbaik untuk jangka masa panjang. Ada kalanya keputusan adalah berdasarkan apa yang di fikir popular dan tidak melihat kepada ‘long-term consequence’.  Pada pendapat saya, majoriti orang