Posts

Showing posts from April, 2019

Ramai Graduan Kejuruteraan Akan Menganggur

BERKONGSI cerita tentang graduan yang sukar mendapat pekerjaan dalam industri bukan lagi suatu perkara baharu. Masalah ini dilihat sukar untuk diselesaikan. Apakah jumlah pekerjaan tidak mencukupi iaitu pihak berwajib yang gagal menyediakan peluang pekerjaan atau graduan muda yang kekurangan kemahiran untuk memenuhi kehendak pasaran kerja. Atau juga graduan terlalu memilih pekerjaan. Laporan oleh syarikat penilaian kebolehpasaran di beberapa negara di Asia mendapati lebih 80 % graduan bidang kejuruteraan tidak mempunyai kemahiran teknologi baharu yang diperlukan oleh majikan. Hal ini turut sama berlaku di Malaysia. Tidak kira apa bidang kemahiran, graduan sukar mendapatkan pekerjaan. Statistik yang dikeluarkan oleh kementerian berkenaan menyatakan lebih 50,000 graduan gagal dalam persaingan kebolehpasaran mendapatkan pekerjaan. Lepasan-lepasan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam bidang profesional seperti kejuruteraan ‘terpaksa’ membuat kerja selain bidang mereka untuk meny